THADCHAYANI A/P KATHIRESAN
NO.MATRIK:D20112055241

Friday, 7 December 2012

PENAMBAHAN PECAHAN


PENAMBAHAN PECAHAN

..namun..
kali ini kita akan belajar penambahan..

NOMBOR BERCAMPUR +  PECAHAN WAJAR YANG PENYEBUTNYA TIDAK SAMA

ingat adik-adik PENYEBUT ialah TIDAK SAMA 
jadi..


faham tak adik-adik?
begini..

adik-adik..
untuk samakan penyebut, 
adik-adik perlu tahu 
GANDAAN SEPUNYA TERKECIL 
yang SAMA bagi kedua-dua pecahan..

selepas melakukan penambahan..
adik-adik jangan lupa untuk menukarkan pecahan tersebut kepada 
PECAHAN SETARA yang TERKECIL..

seterusnya..
kita akan belajar penambahan

NOMBOR BERCAMPUR + NOMBOR BERCAMPUR YANG PENYEBUT PECAHAN TIDAK SAMA

sepertimana penambahan yang tadi..
kita perlu memastikan 
kedua-dua pecahan di dalam nombor bercampur 
mempunyai PENYEBUT yang SAMA 

jom kita lihat contoh:

sama seperti penambahan sebelum ini..
adik-adik perlu mencari
GANDAAN SEPUNYA TERKECIL 
bagi kedua-dua pecahan di dalam nombor bercampur

kemudian..
barulah adik-adik tambahkan hasil kedua-dua nombor bercampur tersebut.
jangan lupa untuk memberikan nilai pecahan yang terkecil..

mari menguji kefahaman adik-adik!!

3 5/7 + 4/6
7/8 + 4  4/7
6  3/4 + 1  2/3
2 4/5 + 6 1/2

selamat mencuba adik-adik!!

PECAHAN

terdapat 3 jenis PECAHAN

                               (pecahan wajar)                   (pecahan tak wajar)        (nombor bercampur)

Nombor bercampur terdiri daripada:


pembelajaran pada hari ini tertumpu kepada PENAMBAHAN 

lihat contoh-contoh di bawah:

nombor bercampur +  nombor bulat
INGAT ADIK-ADIK!!

Sekiranya nombor bercampur ditambah dengan nombor bulat, maka;
TAMBAH NOMBOR BULAT terlebih dahulu.

contohnya:
1 1/2 + 1 =1+1+1/2 = 2 1/2

nombor bercampur  + pecahan wajar yang sama penyebut

TAHUKAH ADIK-ADIK?

1 1/4 + 1/4 = 1 2/4
namun begitu,
1 2/4 ialah SETARA dengan 1 1/2
..oleh itu..
jawapan adik-adik hendaklah ditulis dengan pecahan setara yang kecil

nombor bercampur +  nombor bercampur (penyebut yang sama)


maka adik-adik,
TAMBAHKAN nombor bulat terlebih dahulu
kemudian,
barulah TAMBAHKAN pecahan

1 + 1 = 2
1/4 + 1/4 = 1/2
2 + 1/2 = 2 1/2
^ selamat mencuba adik-adik ^

JOM KITA CUBA       

2 + 9/10 =

5/6 + 2 =

3/8 + 2 5/8 =

7 4/9 + 2/9 =

2 2/5 + 7 1/5 =

3 5/8 + 2 1/8 =

PERBANDINGAN

Perbandingan

Perbandingan nilai antara dua nombor bulat boleh dilakukan dengan menggunakan simbol “<” dan “>”

(a) “<” bermakna “lebih kecil daripada”
(b) “>” bermakna “lebih besar daripada”

Kebiasaannya para pelajar akan terkeliru dengan penggunaan simbol itu sama ada ia bermaksud lebih besar atau lebih kecil. Cara biasa yang abang khairul gunakan untuk mengelakkan kekeliruan ialah dengan meletakkan satu garis lurus (garis merah) di hadapan symbol-simbol itu seperti:-
Simbol “<” akan kelihatan seperti huruf “K” yang bermaksud “KECIL”Simbol “>” akan kelihatan seperti huruf “b” yang bermaksud “BESAR”
Mungkin dengan tips ini akan mengurangkan kekeliruan itu


a) 34567 > 8734
b) 45678 < 45680
c)

NOMBOR BULAT


NOMBOR BULAT

Hari ini saya ingin menerangkan mengenai nombor bulat atau integer. Nombor bulat bukanlah nombor yang di tulis dalam bulatan….


TETAPI Nombor bulat ialah nombor-nombor yang digunakan untuk membilangseperti 0, 1, 2, 3, 4, 5,….. dan seterusnya sehingga infiniti (tidak terhingga).

Setiap digit dalam sesuatu angka mempunyai nilai tempat dan nilai digitnyatersendiri. Misalnya nombor 123456789123456789 dinyatakan dalam perkataan ialah Seratus dua puluh tiga juta empat ratus lima puluh enam ribu tujuh ratus lapan puluh sembilan.

KSSR

KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.

Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.

KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka.

Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.

Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.

Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.

Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.

Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.

KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.



*Telah pun melihat sukatan pelajaran KSSR (Bahasa Melayu Tahun 1). Menarik kerana tidak ada huraian sukatan pelajaran yang mengarut seperti sebelum ini. Aspek seni bahasa juga diperkenalkan selain pengekalan kemahiran bahasa yang utama. Apa yang pasti, pembaharuan dokumen sukatan pelajaran juga turut menerapkan aspek sains dan teknologi dalam P & P.

RUKUN NEGARA

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
Ikrar
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
* Kepercayaan kepada Tuhan
* Kesetiaan kepada Raja dan Negara
* Keluhuran Perlembagaan
* Kedaulatan Undang-undang
* Kesopanan dan Kesusilaan
Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.
Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.